Ciri-ciri stesen Stesen_BRT_Sunway-Setia_Jaya

Lokasi

Stesen ini terletak di PJS 8, Petaling Jaya, Selangor. Di utara stesen adalah persimpangan Sunway Lebuhraya Persekutuan manakala di selatan stesen adalah Leisure Commerce Square. Juga terletak berhampiran adalah flat perumahan Desa Mentari, Pangsapuri Damai, PJS 8 dan PJS 6.

Pelan stesen

P
Platform
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri
SB Arah Selatan BRT Laluan Sunway menghala ke  SB7  USJ 7 (Mentari)
MAras mezaninLaluan pejalan kaki ke pintu Lebuhraya Persekutuan dan Setia Jaya
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan satu platform sisi untuk perkhidmatan BRT Laluan Sunway. Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan terletak di aras platform. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.

Pertukaran

Stesen ini terletak di selatan Setia Jaya. Walaupun terletak bersebelahan, tiada sambungan berbayar dibina antara dua stesen. Penumpang perlu membeli tiket baharu untuk menukar laluan BRT ke KTM Komuter dan sebaliknya.

Perkhidmatan bas

Stesen ini terletak berhampiran hentian bas Sungei Way Free Trade Zone dimana bas Causeway Link laluan P701; bas Seranas laluan 700; bas Wawasan Sutera laluan 710 dan 734; bas RapidKL laluan 750 dan 751 berkhidmat di hentian bas tersebut.